Marah itu menutup ruang untuk berfikir..
بسم الله الرحمن الرحيم
=)
(man Sakura. com)Akhirnya pagi tadi saya telah berjaya mengangkatkan kaki ke wad walaupun terasa sangat berat hati, jantung dan limpa. Maka saya telah menghadiahkan diri dengan sebekas sushi dari Jusco kerana ia adalah satu perkara yang boleh dibanggakan. *smug*
At least dah ade semangat sikit. Hidup perlu diteruskan! Jihad! Ehem. Tiba-tiba rasa asyik nak hapdate blog je. Tak. Tak. Actually rasa tak puas hati sebab semalam nak tulis lain tapi lain yang keluar. Eheh.
Nak share sesuatu, sangat tertarik dengan 1 artikel ni..
Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya,
“Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”
Seorang murid mengangkat tangan dan menjawab,
“Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”
“Tapi…” guru bertanya kembali
“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?”
Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.
Maka guru berkata,
“Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara kedua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”
Guru masih melanjutkan,
“Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas.
Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.
Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan.
“Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”
Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati di antara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Mengambil pepatah orang Inggeris “Times heal”
Kisah ni adalah salah satu hikmah mengapa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”
[RW Bukhari & Muslim]
“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya"
[RW At-Tarmizi]
"Kalau orang tengah marah nak mintak maaf terus ke?"
Tak perlu. Diam. Give time.
"Bagi hadiah? Pujuk?"
Tak payah. Diam cukup.
"Perlu ke nak menjauhkan diri?"
Tak. Diam je.
Baiklah. Diam.
No comments:
Post a Comment
Jangan Lupa Berilah Komentar!!
Trimakasih atas kunjungannnya.