Serigala tetaplah serigala walaupun dia makan rumput untuk meyakinkan kawanan mangsanya namun suatu saat kedoknya akan terbuka pula karna ketidak mampuan menahan rindu memakan daging dan menghisap darah mangsa yang segar bagaikan sang perantau di padang pasir melihat air, begitu pula dentgan kelakuan Amerika serikat yang mengaku sebagai saudara dan penyelamat di berbagai kawasan dengan mendewakan Ham dan kebebasan namun di saat yang sama dialah yang menjadi pengkhianat bagi Ham dan kebebasan yang dia usung karan dia tidak mungkin kuat menahan godaan "darah dan daging mangsanya". Namun itu belum sebarapa dibandingkan dengan pembakaran Al Quran di salah satu tahanan di Afganistan beberapa hari yang lalu. ini sudah kelewat dan sudah tiada dapat ditolerir lagi. Apa yang meraka lakukan adalah dengan pembakaran Al Quran sudah tidak dapat kita beri uzur dan permintaan maaf. " no More Excuse", sekali lagi tiada maaf bagimu. sebagai orang kecil, Allah tidak akan menuntut saya diluar kemampuan saya... yang bisa saya lakukan adalah melakukan doa QUNUT NAZILAH. berikut panduan dalam memanjatakan doa Qunut Nazilah PANDUAN QUNUT NAZILAH Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya. CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut: 1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh. 2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran 3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah . Peringatan: •Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat. •Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut. DOA QUNUT NAZILAH Maksudnya 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu. Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan. Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.” karna itu sedulur sekalian saya mengajak diri saya sendiri dan para pembaca yang budiman untuk memulai memanjatkannya baik ketika sholat sendirian maupun berjamaah
Thursday, March 8, 2012
Qunut Nazilah untuk pembakaran Al Quran
Label:
Pelecehan Al Quran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Jangan Lupa Berilah Komentar!!
Trimakasih atas kunjungannnya.